Thursday, 18 July 2013

berpuasa

hari ini hari puasa kesebelas.bila ada latihan memanah saya berasa letih.hari pertama ,masa berbuka saya makan nasi ayam dan kurma.hari kedua,saya makan nasi minyak dan hari ketiga makan nasi arab.dan beberapa hari kemudian,saya makan nasi putih dan air ais blended milo sejuk. mama saya masak kek coklat

Friday, 12 July 2013

makanan kegemaran

Saya suka  nasi ayam dan nasi Arab.
mama masak nasi Arab hari ini.
Kakak buat kek pisang dan goreng popia.
Abah buat air pisang.
Saya suka milo ais untuk berbuka.
semasa sahur saya tidak suka makan banyak. mama suruh saya minum air susu.  Saya tidak letih.

selamat berpuasa

saya bepuasa penuh pada tahun lepas.
Tahun ini saya puasa dan solat tarawih dengan abah, mama, kakak, kakda,dan baiz.
saya ke masjid kusza setiap malam.
selamat berpuasa kepada semua
jangan lupa solat.
Saya bangun makan sahur.
bulan puasa saya tidak memanah.
minggu ke 3 baru ada latihan hari Sabtu.

Thursday, 2 May 2013

biodata diri

 makanan kegemaran saya ialah burger.saya suka menonton cerita kartoon boboboiy.saya suka bermain  bola sepak dan latihan memanah.hobi saya ialah bola sepak.minuman kegemaran saya ialah air teh ,milo dan susu.

Saturday, 23 March 2013

di dalam kelas

Saya belajar dalam kelas 3 pintar.cikgu kelas saya nama ustazah hasiah binti sulong.nama kawan karib saya ialah fadhil,afiq,irsyad,syahid.di dalam saya ada 31 murid.18 murid perempuan.13 murid lelaki.kelas saya cantik dan bersih.mata pelajaran yang saya suka ialah sains dan teknologi.

Saturday, 2 March 2013

kucing saya


Nama  kucing saya putam.kegemaran putam ialah ikan.badan kucing saya putih hitam.sebab .tulah saya panggil putam.kucing itu sangat comel. Kucing saya selalu tidur dengan saya.. Semua orang sayang putam. Ada juga kucing lain dirumah saya seperti moca dan belang. moca sayang mama saya. belang sayang kakak saya.

Monday, 25 February 2013

latihan memanah

saya setiap hari pergi latihan memanah.saya ada baby bow. saya shots 18 meter.abang saya pun pergi latihan memanah .abang saya shots 30 meter.abang saya sudah masuk pertandingan memanah.

cerita burung,kucing dengan ayam

Pada suatu hari, Seorang budak lelaki bernama zaim. Zaim sangat suka membela kucing  burung .Selepas itu tiba-tiba dia ternampak burung dengan kucing dia telah mati.

Pada suatu hari ,dia ternampak  seekor ayam serama betina .dia hendak membeli ayam itu .selepas  sampai ke rumah zaim cepat- cepat  memberi makanan. keesokan harinya,dia ternampak ayam dia bertelur.

Zaim berasa sangat gembira kerana ayam itu menetas .Tiba-tiba dia ternampak ayam betina itu telah mati.keesokan harinya ,anak ayam itu pun telah mati sebab kelaparan.Zaim berasa sangat sedih.

Monday, 4 February 2013

MEMANAH

SAYA BERLATIH MEMANAH SETIAP HARI
SAYA BERLATIH BERSAMA ABANG SAYA
SAYA GUNA BABY ARCHER BOW
SAYA MEMANAH 10 METER

Tuesday, 1 January 2013

HARI PERTAMA SEKOLAH

SAYA SEKOLAH PADA 1 JANUARI 2013.
SAYA DALAM TAHUN 3 PINTAR
MAMA BELIKAN PAKAIAN BARU, KASUT TIDAK BELI SEBAB BARU BELI TAHUN 2.
SAYA GEMBIRA KE SEKOLAH.
SEMUA KAWAN SAYA BAIK, ADA JUGA YANG NAKAL-NAKAL.
CIKGU KELAS SAYA NAMA USTAZAH HASIAH.
SAYA PERGI KE SEKOLAH NAIK KERETA.
SEKOLAH SAYA CANTIK.
SEMUA GURU BAIK.